Unity

Assalamualaikum. Oleh kerana perasaan ber-blog-ing itu sangat membuak-buat melihat dua makhluk yang lain rancak meng-update blog iaitu Apin dan Kak Najah. Di mana kedua-dua mereka telah membuat satu blog post. Yang perempuan dengan tajuk 'Jika Aku Seorang Lelaki' dan yang lelaki, vice versa.

Dan aku tak nak bercerita tentang kaum Adam mahupun Hawa kerana cerita kaum kami ini tak pernah habis dek kerana masing-masing mempunyai kehebatan dan kepakaran sendiri.

Aku teringat satu hari tu, aku dalam perjalanan menuju ke arah Utara pada hari Jumaat. Jadi aku hidupkan radio, kalau tak silap Selangor FM mungkin, oleh kerana hari Jumaat radio tersebut sedang memainkan Khutbah Jumaat. Tajuk Khutbah Jumaat pada hari itu ialah tentang Perpaduan. Aku tak berapa pasti Masjid mana yang bersiaran dengan siaran radio tersebut disebabkan kelewatan menghidupkan radio.

Aku berminat dengan isi yang Ustaz tersebut sampaikan iaitu perpaduan. Dia cuba kaitkan perpaduan tanpa mengira kaum dengan anggota badan kita.

Begini cerita nya;
Tangan kanan saling memerlukan tangan kiri kita. Tak percaya kalau kita pegang sudu tangan kanan, tangan kiri akan pegang garpu. Makan dengan tangan kanan, tangan kiri akan pegang cawan untuk minum. Kalau kita ingin ambil sesuatu barang yang jatuh atau di tempat yang tinggi, tangan kanan akan mengambil, dan tangan kiri akan menahan kita daripada jatuh. Itu make sense bukan? Aku setuju dan aku baru perasan. Biarpun tangan kanan lebih digunakan untuk benda yang baik seperti makan, manakala tangan kiri mencuci dan sebagainya tapi tangan kiri sering membantu tangan kanan. Mereka tak pernah merendahkan satu sama lain. Alangkah indahnya ciptaan Allah. Bila berjalan tangan kita akan bergerak bersama.

Kaki pula sering tak sehaluan, buktinya kaki kiri akan mengundurkan diri apabila kaki kanan yang bergerak terlebih dahulu dan sebaliknya. Kaki kiri tak akan mungkin bergerak sekali dengan kaki kanan. Jika mereka bergerak sekali tak akan sampai lah ke tempat yang dituju dan agak pelik lah jika mereka bergerak serentak.

Begitulah khutbah yang disampaikan oleh Ustaz tersebut di mana kita harus lah bersatu padu bagi membangunkan agama dan negara sebagai mana tangan kita yang saling bantu membantu sesama lain dimana bila satu pihak hampir jatuh, satu pihak lagi akan membantu dan cuba menaikkan semangat pihak yang hampir jatuh tadi walaupun mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan jadi seperti kaki yang sering tak sehaluan, dan tak dapat berganding bahu.

Aku masih muda dan aku mungkin tidak begitu memahami maksud perhimpunan Bersih 3.0, aku bukanlah kaki politik mahupun anti politik aku cuma tak tahu dimana aku berpijak. Sama ada di pihak yang benar ataupun salah. Cuma aku tahu ada hikmah disebalik perhimpunan ini dimana mereka ingin selamatkan Malaysia daripada kuasa jahat.

Media massa pula kerap menunjukkan sesuatu di sisi yang kurang baik. Kekecohan yang berlaku, mungkin bukan pihak tersebut yang lakukan. Mungkin pihak yang dikecam telah mengupah makhluk-makhluk ini untuk sengaja membuat kekecohan. You will never know. Kuasa mereka sangat besar. Kuasa kotor.

Puas aku baca TL even anak remaja dah pandai buka bicara tentang politik. Kami tahu hak kami. Siapalah kami untuk mereka dengar rintihan kami, rakyat.

Mohon aku tak kena sumpah. Sekian.