2008-2013


Aku dapat rasa. Masih boleh rasa. Masih terngiang-ngiang.

13 tahun umur aku.

Hal kecemasan yang buat semua orang balik ke tempat asal, Kelantan. Kampung aku.

Atuk aku, yang selesa aku panggil Tok Ayah rebah dua hari sebelum. Nangis, sedih, tak berhenti air mata sepanjang perjalanan dari Klang-Pasir Mas, Kelantan. Makan masa hampir setengah hari untuk sampai, abah ambil jalan jauh.

31 Disember 2007.

Berapa hari sebelum sekolah sesi 2008 bermula. Aku ingat.

Aku bukan jenis orang yang bangun awal tanpa dikejut. Dan abah atau mama bukan jenis suka ganggu anak-anak dia tidur. Pagi tu, aku dikejut. Abah yang kejut.

Aku pelik, nak kata Subuh, waktu Subuh dah lepas. Matahari dah naik, faktor tempat. Kelantan pukul 7/8 pagi dia macam tengah hari dekat KL. Abah bisik kat telinga aku. Aku dapat rasa sesuatu. Aku dapat rasa, sesuatu yang buruk. Ye air mata aku mengalir. Nangis tak berhenti.

"Adik, bangun bangun"

Aku endahkan sebab aku tahu abah nak sampai kan benda buruk.

"Adik"
"Ya"
"Adik sabar, abah nak cakap ni"
"haaa"
"Tok Ayah dah takde"

Aku terus tutup muka aku dengan bantal, menangis. Abah tak berhenti suruh aku cakap Innalillah dan baca surah Al-Fatihah.

Abah peluk aku, usap kepala aku. Kebetulan mama dah pergi hospital awal pagi nak lawat Tok Ayah.

Aku ingat, aku balik, balik semata-mata. Tak terlintas benda ni berlaku. terlalu cepat.

Mandi, siap bertudung dan baju kurung tunggu jenazah Tok Ayah sampai. Muka Tok Ayah bersih, dia senyum. Aku sempat bacakan yassin betul-betul aku duduk menghadap jenazah arwah Tok Ayah.

Arwah Tok Ayah, orang paling aku rapat. Kalau merajuk dengan abah atau mama, Tok Ayah lah aku cari. Zaman membesar telefon bimbit kena rampas dengan mama abah, Tok Ayah lah yang back up cucu dia. Tok Ayah lah segala-galanya.

Sebelum Tok Ayah pergi.

Tok Ayah ada berbual dengan jiran, katanya "Paling sayang cucu yang dekat Klang".

Sebelum Tok Ayah balik Kelantan, Tok Ayah ada telefon dia kata

"Tok Ayah balik Pasir Mas kejap je, kemas rumah kat Kelantan tu. Nanti sebulan sekali Tok Ayah datang lah Klang."

Nangis. Rindu Tok Ayah. Al-Fatihah.