Aku suka kau

Nak mukadimah pepanjang pun takde orang baca. Intro pendek pendek orang kata tak menarik. Eh yang engko sibuk sangat kenapa? Jari aku yang penat menaip.

Aku sedang menuntut program ijazah kejuruteraan komputer (kepujian) dalam tahun dua di Universiti Malaysia Perlis, Dah lah sembang je lebih, 

Nak jadikan cerita aku dengan tak sengaja ter suka atau term laman sosial orang panggil crush, kiranya aku crushing over someone lah.

Kau bayang kan orientation week, minggu paling celaka yang semua benda kena ikut rules everywhere dengan nak pakai apa nya, nak cepat nya. Aku tak leh imagine hodoh mana muka aku masa minggu orientasi. Kena line up. 

Dah lah malas bebel. Aku suka kau.

Aku perhati kau dari minggu orientasi bila masa semua students of SCCE kena gather dekat lecture hall for briefing, kau dengan budak ex-diploma semua, you're different from others. The only one who keep wearing snapback.

Bila semua students kena gather dekat hall pun aku nampak kau, you're in batik.

First week starts, aku nampak kau sama-sama tunggu bus petang-petang nak balik hostel. You're in green shirt with jacket waiting for bus holding ur cellphone. I can state the date.

Aku bertuah sebab budak band aku ada antara lepasan diploma so aku tanya Bambang kau siapa. And he said "Oh dia tu senior kau, nak belajar programming boleh ah dengan dia, hebat tu"

Habis semua budak ex-dip aku cari, facebook, twitter. Aku bertuah lagi sekali. Bab stalk me nye talk ni semua aku menang. Tapi paling sakit, tengok status 'Is in a relationship' kebetulan aku pun dalam status yang sama, jadi aku tak peduli sangat.

Aku tak tahu lah dia perasan ke tak kewujudan aku, aku mula cari twiter dia aku sendiri yang beranikan diri untuk follow sebab aku suka, 3 kali bertuah sebab dia follow back on twitter. 

Aku perasan dia twt heartbroken pun aku sibuk tanya "You okay ke?" dia reply ke tak reply entah aku pun tak ingat. Sebab aku belum wujud dalam kamus kehidupan dia, melainkan dia perasan kalau aku yang nyanyi 'Just Give Me A Reason' duet dengan Amin masa closing orientation week. Tu satu lagi, mesti dia tak perasan sebab aku nyanyi tak sedap, Aku nyanyi sedap aa, salahkan sound system.

Aku rasa dia memang tak pernah perasan kot kewujudan seorang Sharifah Anees. Habis semua laman sosial, facebook, twitter, instagram yang ada lah 2 3 kali sebulan je dia update pun aku follow. Tu pun nasib je kena approve & follow back. Kot.

Tapi start 2nd sem, ada improvement dia perasan kewujudan aku cuma camtu je lah. Setakat senyum, entah entah senyum terpaksa sebab ada perempuan meroyan dok ralit senyum tak benti agaknya dekat dia. Mana tau lepas aku pusing dia sumpah seranah belakang aku.

Ada lah 2 3 topic kitorang mention pastu habis situ. Aku pun jadi suka tak suka sebab aku still dalam relationship lagi.

Masuk sem 3, tahun kedua ni nampak la macam dia perasan seorang Aneeslalala ni hah. Cuma nak kata aku wujud dalam kamus kehidupan dia sepenuhnya tu aku tak jamin lagi. Aku angau. 

Through this phase, bila aku tengah deal dengan heartbroken & broke up aku masih usha lagi seorang lelaki ber snapback, berbaju batik & berbaju hijau tunggu bus. Aku masih refer pada orang yang sama. Finally dia perasan. Sikit sikit lah, at least ada improvement. Effort aku sendiri.

Aku cerita semua benda dekat mama, aku tunjuk facebook nya, aku tunjuk gambar dia. Kau faham tak angau aku macam mana? Mama cakap "Takpe slow2, who knows?" 

Makin lama makin obvious aku rasa perasaan aku ni, Sebab kawan-kawan aku tau, kawan-kawan dia ada lah sorang yg tau. Aku kena ada effort sendiri, kalau tak sampai bila aku nak wujud sepenuhnya dalam kamus kehidupan dia kalau aku sendiri tak usaha. Ceh ayat.

Aku ambil number dia senyap senyap dari group whatsapp kawan aku, aku save. Aku add on wechat, aku usha whatsapp. Oh, dia approve wechat aku. Dan kami ada aa borak sekali je aku tanya pasal kelas apa tah, conversation end. Aku cakap bye & he never replies. Rasanya macam tengah jalan lepas hujan reda tiba-tiba ada kereta pastu air terpercik kat muka. Dramatik.

Pastu sekarang aku tak tahu dia perasan ke tak, dia tahu ke tak yang aku dah perhati dia dari minggu orientasi (setahun lebih). Sem 1 tahun dua pun dah nak habis. Dah nak masuk tahun kedua aku crush dengan kau.

Kau tak suka aku pun takpe, cuma kalau aku boleh tunggu selama 3 sem tak mustahil aku boleh tunggu selamanya. Mungkin. Jodoh Allah.

Maaf, aku ada a few of your pictures dalam simpanan aku originally taken by me.
Nak buat koleksi. Kalau makan dekat meka tu, senyum lah dekat aku.


Sekian dari saya, kepada awak crush 3 sem.