Counting

 Assalamualaikum dear readers :)
gambar ni masa engagement Cik Lang

I've been busy this few days. Maaf kerana blog ini telah berhabuk mugkin. Life semakin teratur, aku semakin gembira dalam meniti usia 18 tahun ini. Kata orang bakal menjejakkan kaki ke alam yang baru. Seperti yang sedia maklum aku dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Melaka dalam jurusan sains. Sains apa masih belum diketahui. Mungkin akan memilih sains fizikal kerana sains hayat bukan minat aku.

Bercakap tentang pemilihan upu, itu sangat menyedihkan. Aku gagal ditempatkan dia mana-mana IPTA. Bukan aku sahaja malah hampir semua kawan aku yang peroleh keputusan yang lebih hebat dari aku atau kurang hebatnya tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana IPTA. Ya, kecewa jangan tanya lah. Kecewa level 53929897414. Aku menangis lebih kurang sama kecewanya masa dapat keputusan SPM. Bayangkan lah. Dengan abah yang memperlekehkan aku. Am still looking for the birght side. Mama yang tak habis-habis dengan pendirian dia nak anak dia masuk ke UNIVERSITI sahaja, bukan kolej, bukan matrikulasi dan bukan tingkatan enam.

Bukan aku nak kata mereka berfikiran kolot. Kurang keyakinan terhadap aku, mungkin. Abah kata, dengan result aku memang tak boleh pergi mana-mana, macam mana dengan kawan aku yang dapat 5A-8A tu? berjaya dapat tingkatan enam je dan tak dapat tawaran lain.Fikir-fikir balik aku jauh lebih bertuah daripada mereka yang dapat keputusan yang lebih hebat dari aku. Peluang dan rezeki tu melimpah ruah. Ini bukan cerita pasal keputusan hebat akan dapat semua tawaran bla bla bla, ni ialah nasib. Allah dah bagi rezeki yang lain kalau kita tak berjaya sekarang mungkin kita berjaya nanti cuma ikut diri kita yang nak terus bangun ke arah positif atau terus diam dan tak nak ada inisiatif untuk berjaya. Kau pilih lah.

Aku menangis bila abah kata aku tak boleh pergi mana-mana dengan result aku. Sebab tu aku tak dapat UPU. Tak, itu kehendak-NYA. Mama pula seminggu lepas dapat tahu keputusan upu, dia lah makhluk paling busy. Buat rayuan sampai aku menangis-nangis sebab tak setuju dengan mama.

Bayangkan lah aku masih frust tak dapat upu, jadi aku rasa Matriks je lah tempat aku nak tebus semua dalam masa setahun walaupun aku tahu sukar sangat dalam jangka masa yang sangat pendek kau nak achieve pointer yang tinggi. Aku tahu aku boleh buat, sebab aku nak tebus balik semuanya. Mama masih tak terima lagi pengesahan matriks tu, dia sibuk dengan rayuan upu. Aku rasa lebih baik aku terima pengesahan matriks dulu. Daripada kita sibuk kejar benda yang belum tentu kita dapat, baik kita grab apa yang ada depan mata. Dan akhirnya mama click juga pengesahan matriks tu walaupun dia berat hati sebenarnya.

Dan cerita barunya ada sorang kawan mama, anak dia sebaya dengan aku nak sangat masuk Matrikulasi Melaka tapi  dia berjaya dapat UiTM. Mama pun excited lah sebab aku dapat Matriks Melaka dan mama pula memang nak aku masuk UiTM, so mama dengan kawan mama sepakat nak exchange tempat anak dia dengan aku. So semalam, permohonan pertukaran tu berjaya tapi yang tak berapa seronok ialah aku dapat UiTM Sarawak. Fikir lah, aku yang manja ni? Dapat Matrikulasi Melaka ni pun aku suruh parents aku pindah Melaka ni dapat Sarawak? Aku ketawa dekat mama, mama pun macam pasrah 'Takpe lah adik, adik pergi Melaka okay. Belajar pandai-pandai' 


Tu lah dia hikmah tak dapat upu, dan hanya dapat matrikulasi yang tertua dekat Malaysia ni. Bila buat pertukaran, aku tercampak jauh dekat Sarawak ni. Mama akur, jadi pilihan muktamad aku ialah ke Kolej Matrikulasi Melaka.



Ni hadiah yang aku dapat daripada abah :) Nak beli komputer riba ni pun jadi isu. Disebabkan aku anak manja atau orang panggil Daddy's lil girl aku dapat minta laptop apa yang aku nak. Mama cakap 'kalau mama jadi abah, mama bagi laptop cikai je' HAHAHA. Thank you Abah, adik akan cuba penuhi permintaan abah. Adik akan cuba bersungguh-sungguh dekat tempat baru nanti.

p/s: aku kena ketawa dengan Abah, kawan-kawan and sedara aku bila dorang dapat tahu aku dapat UiTM Sarawak. hahaha kbye!